Kita milik Allah


Assalamualaikum w.b.t

Kita milik Allah dan selayaknya kita diuji.


إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ 
'Kami milik Allah, kepadaNYA kami akan dikembalikan'.
Setiap orang tidak akan terlepas dengan ujian Allah. Ujian atau juga disebut musibah, masalah dan sebagainya sememangnya tidak begitu digemari oleh sesiapa jua. Apabila diri diuji dengan pelbagai perkara seperti kesedihan, perpisahan, kesakitan, kegagalan, kemalangan dan lain-lain, akan terdetik dihati kecil "KENAPA AKU DIBERIKAN MUSIBAH BEGINI?"..ADAKAH ALLAH TIDAK SAYANG KEPADA KU?.. kadang-kala timbul juga rasa seperti TIDAK TERDAYA untuk menghadapinya. Namun (2:286):
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya".